Tiga Jenis Kawan
Kawan itu ada tiga jenis:
- yang seperti makanan, setiap masa diperlukan dan selamanya bermanfaat serta menguntungkan
- yang bagaikan ubat, ada masa-masa sahaja kita perlukan
- yang sama dengan penyakit, semoga Allah menghindari kita darinya.
Jangan menakut-nakutkan sesama kita
Dari Abdul Rahman bin Abi Laila rah.a berkata, kami telah diceritakan oleh sahabat Nabi s.a.w : Satu ketika beliau bersama Nabi s.a.w di mana seorang sahabat telah tertidur. Ketika dia nyenyak tidur, seorang sahabat telah mengambil tali kepunyaannya (semata-mata untuk bergurau sahaja). Apabila sahabat tadi membuka matanya dan didapatinya talinya telah hilang disisinya, dia begitu susah hati. Kerana itu Nabi s.a.w bersabda: Tidak halal bagi seorang Islam menakut-nakutkan seorang Islam yang lain.
(Hadith riwayat Abu Daud)
=========
Bergurau juga ada batasannya, jangan sampai teman-teman kita jadi trauma.