LA tAhZaN yA......
Author: siti zainab Labels::Doktor Alexis Carlyle, pemenang hadiah nobel dalam bidang kedoktoran mengatakan: “Para Pekerja yang tidak tahu bagaimana menghadapi kesedihan akan mati lebih cepat.”
Setiap sesuatu yang terjadi itu pasti sangat sesuai dengan qadha’ dan takdir Allah s.w.t. Namun boleh saja pernyataan Carlyle di atas diertikan: “Salah satu sebab yang menghancurkan tubuh dan membinasakan eksistensi diri adalah keraguan dan ini benar.”
Doktor Joseph R. Montagno, penulis buku ‘The Problem of Nervousness’. Dalam buku tersebut Montagno mengatakan: “Penyebab abses yang anda derita bukan berasal dari makanan yang anda ambil, tetapi kerana sesuatu yang memakan dirimu.”
Al-Mutanabbi berkata:
Kecemasan
hanya akan mengakibatkan tubuh menjadi kurus
dan rambut akan beruban
dan menjadi amat tua.
Sesuai dengan yang ditulis oleh majalah Life, bahawa abses ini menempati urutan kesepuluh dalam daftar penyakit yang mematikan.
Ada beberapa tulisan Doktor Edward Bodowlski dalam bukunya, ‘Leave Worrying and Seek Betterment’, judul bab di dalam buku tersebut adalah;
a. Apa kesan kesedihan terhadap jantung.
b. Tekanan darah tinggi adalah disebabkan oleh kesedihan.
c. Kesedihan boleh mengakibatkan rematik.
d. Kurangkan kesedihannmu demi pencernaanmu.
e. Bagaimana kesedihan boleh mengakibatkan selsema.
f. Rasa sedih dan kelenjar beguk.
g. Korban penyakit gula (diabates) dan kesedihan.
Doktor Karl Maninger adalah seorang pakar penyakit jiwa di Mayo, yang menulis buku berjudul ‘Man Againts Himself’. Dalam edisi terjemahannya, dikatakan: “Buku doktor Maninger tidak akan memberikan kaedah-kaedah tentang bagaimana menghindari depresi. Tetapi buku tersebut hanya akan memberikan laporan tentang bagaimana kita sendiri dapat menghancurkan tubuh dan otak kita dengan kegelisahan, kekecewaan, kedengkian, dendam, pemberontakan dan rasa takut.”
Ketenangan hati, keteduhan perasaan, kelapangan dada dan kebahagiaan adalah salah satu manfaat terbesar dari firman Allah s.w.t di dalam Al-Quran dari surah Ali-Imran ayat 134;
“Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik.”
Montaigne, penguasa dan ahli falsafah dari kota Bodeaux, Perancis, mengatakan: “Saya ingin membantu memecahkan permasalahan kamu dengan tangan saya, bukan dengan hati dan paru-paru saya.”
Doktor Russell Cecil dari fakulti kedoktoran Universiti Cornell menyebutkan, adanya empat sebab utama yang membuat goyahnya persendian:
1. Binasanya rumahtangga.
2. Bencana yang bersifat materi dan kesedihan.
3. Kesendirian dan kecemasan.
4. Perasaan terhina dan dendam kesumat.
Doktor William Mark Gaugil dalam sebuah pidato ilmiah di depan Persatuan Doktor Gigi Amerika, mengatakan: “Perasaan yang tidak bahagia seperti cemas dan takut sangat mungkin untuk memberikan kesan terhadap penyebaran kalsium di dalam tubuh dan selanjutnya, akan mengakibatkan kerosakan pada gigi.”
Date Carnagie mengatakan: “Orang-orang Negro yang hidup di wilayah selatan dan orang-orang Cina sangat sedikit yang diserang oleh penyakit hati yang disebabkan oleh kesedihan. Ini disebabkan kerana mereka menghadapi segala permasalahan dengan cara yang tenang.
Kemudian dia melanjutkan: “Jumlah orang Amerika yang cuba melakukan bunuh diri lebih ramai daripada yang meninggal kerana diserang oleh lima penyakit yang mematikan”.
Ini adalah kenyataan yang hampir tidak boleh dipercayai.
Pengajaran:
1. Mengatasi tekanan dan kesedihan dapat memanjangkan umur dan menjadikan kehidupan lebih bererti.
2. Apabila dimaklumkan kepada kita bahawa ‘anda sakit teruk’, manusia akan rasa murung dan serta merta menjadi tidak bermaya dan lemah berbanding sebelum mengetahuinya, betulkan?
3. Kesihatan yang sebenar adalah bergantung kepada keupayaan hati dan akal mengawal keadaan seperti marah, dendam, dengki dan kecewa. Inilah sifat yang ada dalam diri kita yang sentiasa merajai hidup kita.
4. Kesedihan menghasilkan kemurungan, akhirnya menjauhkan diri dari orang lain dan hilang tumpuan serta matlamat. Manusia tanpa matlamat umpama hidup yang tiada gunanya.
Bingkisan dari Buku Motivasi Islami yang terlaris dan terhangat di pasaran. Buku La Tahzan yang dikarang oleh Dr. ‘Aidh Abdullah Al-Qarni.
0
comments |